Dr. Rohaidah Binti Mashudi
Foundation Principal Lecturer
Learning Institute for Empowerment (LIFE)
3027 ,
Multimedia University, Jalan Ayer Keroh Lama 75450, Bukit Beruang, Melaka
06-2523203
idah@mmu.edu.my
Biography
Lahir pada tanggal 3 Ogos 1970 di Sungai Besar Sabak Bernam, Selangor dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor, sehingga tamat darjah enam pada tahun 1982. Pada tahun 1983 pelajar telah meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Simpang Lima, Sungai Besar Selangor sehingga ke peringkat Sijil Rendah Pelajaran. Oleh sebab kelas aliran sains di sekolah tersebut tidak ada jadi telah meneruskan pelajaran ke tingkatan 4 aliran sains ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar sehingga mendapat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada tahun 1989.
Pada tahun 1990 telah mendapat tempat untuk meneruskan pelajaran dalam jurusan kesusasteraan di Universiti Malaya dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1994. Kemudian telah diberi peluang untuk menjadi pengajar (tutor) di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Dalam pada masa yang sama telah menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di universiti yang sama dalam bidang linguistik dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1999.
Setelah berkhidmat lebih kurang tiga tahun sebagai tutor di Universiti Malaya, akhirnya telah mendapat tawaran sebagai penolong pensyarah di Universiti Multimedia, Melaka pada tahun 1998. Lantikan kepada jawatan pensyarah diterima pada tahun 2008 dan kemudian telah mendapat kenaikan pangkat kepada pensyarah kanan pada tahun 2012. Mempunyai pengalaman mengajar lebih kurang 16 tahun dan telah banyak cabaran yang ditempuhi sepanjang berada di Universiti Multimedia. Demi meningkatkan kerjaya sebagai seorang pensyarah telah melangkah kaki untuk meneruskan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah pada semester ke-2 tahun 2009.